Skip to main content

Bola Sepak

Dalot boleh beraksi lama bersama United -- Mourinho

diogodalot.jpg
Jose Mourinho percaya Diogo Dalot mampu beraksi di Old Trafford lebih daripada sedekad selepas pengurus itu berpuas hati dengan penampilan sulung pemain itu dalam skuad senior.

Bek kanan kelahiran Portugal itu membuat penampilan pertama bersama United ketika mengatasi Young Boys 3-0 dalam perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.

Pemain berusia 19 tahun itu meninggalkan Porto untuk bersama United selepas membuat penampilan pertama di Bern, dengan Dalot menyerlah ketika bertahan dan menyerang.

"Saya berasakan Dalot dan Luke Shaw telah bermain pada tahap  terbaik," kata Mourinho. "Saya berasakan Diogo dan Shaw cemerlang dalam perlawanan ini.

"Serangan United hadir daripada kedua-dua pemain ini. Mereka bergerak dengan cemerlang, melakukan hantaran yang kemas. Mereka terlibat dalam setiap serangan serta ketika bertahan."

Dua jaringan Paul Pogba memastikan United memiliki permulaan yang sempurna dalam perlawanan pembukaan Kumpulan H itu.

United kini telah memenangi ketiga-tiga perlawanan selepas mengalami kekalahan berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

"Saya memberitahu pemain-pemain ketika rehat bahawa ini adalah kali ketiga pasukan mendahului perlawanan 2-0. Berdepan Burnley dan Watford, kami bolos pada penghujung permainan.

"Dalam perlawanan ini, pemain-pemain lebih bertanggungjawab dengan menjaringkan gol ketiga. Ia merupakan persembahan yang mantap. Mari melakukannya lagi pada Sabtu ini.

Skuad kendalian Mourinho itu akan menerima kunjungan Wolverhampton di Old Trafford, Sabtu ini.

Advertisement

Must Watch Video