Juventus membayar pampasan sejumlah EUR20 juta (RM96.6j) kepada Chelsea untuk mengikat Juan Cuadrado selama tiga tahun selepas bersetuju dengan terma perpindahan tetap, termasuk syarat pinjamannya telah dipenuhi.
Cuadrado telah menghabiskan tempoh sejak dua musim lalu dipinjamkan ke Juve ekoran gagal membuktikan dirinya di Stamford Bridge selepas tiba dari Fiorentina pada Januari 2015.
Pemain antarabangsa Colombia itu kembali ke Chelsea pada Julai 2016 sebelum membuat satu lagi perpindahan sementara ke gergasi Turin itu -- situasi berkenaan mendorongnya untuk terus menetap di Juve secara kekal.
Menurut kenyataan rasmi kelab itu: "Juve mengumumkan bahawa ia telah mencapai syarat-syarat yang diperuntukkan, kelab memperolehi hak pendaftaran ke atas Juan Cuadrado dari Chelsea.
"Yuran perpindahan tetap adalah EUR20j yang akan dibayar dalam tiga ansuran tahunan, bermula dari tahun kewangan 2018.
"Juventus dan Cuadrado telah memeterai kontrak sehingga 30 Jun 2020."
Cuadrado telah membuat sebanyak 83 penampilan untuk kelab itu dan yang terbaru, dalam kemenangan 3-0 ke atas Crotone yang memastikan kelab yang diberi jolokan The Old Lady itu mengecapi kejuaraan Scudetto keenam berturut-turut dalam sejarah kelab.
Ia juga merupakan kejuaraan berganda ketiga berturut-turut buat Bianconeri dengan Cuadrado kerap membuat penampilan, baru-baru ini.
Juve akan memenangi 'treble' pertama dalam sejarah mereka andai menewaskan Real Madrid dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Cardiff pada 3 Jun depan, dan pemain berusia 28 tahun itu terlepas hanya satu perlawanan dalam kempen mereka di Eropah.