Sevilla menuntut LaLiga agar menukar masa sepak mula perlawanan perlawanan terakhir musim ini dengan mendakwa bahawa cuaca ketika itu terlalu panas buat pemain dan peminat.
Kempen LaLiga akan berakhir Sabtu ini dengan Sevilla akan menghadapi Athletic Bilbao pada 4:15 petang waktu tempatan (10.15 malam waktu Malaysia) dengan suhu sepanjang minggu ini dijangka akan melonjak melebihi 30 darjah Celsius.
Sevilla, yang kini menduduki tangga keenam, dipisahkan dua mata dengan pasukan di tangga keempat, Valencia yang akan bertemu Getafe manakala pasukan di tangga kelima, Getafe, akan menantikan kunjungan Villareal.
Ketika-tiga kelab bersaing sengit untuk merebut tempat terakhir kelayakan Liga Juara-Juara (UCL) dalam sepak mula yang akan berlangsung serentak, namun Sevilla kecewa dengan langkah badan induk LaLiga itu kerana mengadakan perlawanan pada waktu petang.
"Sevilla FC secara terang-terang ingin menyatakan rasa tidak senang dengan pemilihan waktu oleh LaLiga bagi perlawanan terakhir liga musim ini," kata satu kenyataan yang dikeluarkan kelab itu.
"Presiden (LaLiga) Javier Tebas telah dimaklumkan tentang rasa tidak puas hati Presiden Sevilla FC, Jose Castro.
"Kelab ini berpendapat bahawa kedudukan kami tidak diambil kira memandangkan suhu di Seville pada 4:15 petang akan lebih tinggi berbanding di Getafe, Barcelona dan Valladolid.
"Ia akan mengakibatkan ketidakselesaan buat Sevilla FC, Athletic Bilbao dan penyokong.
"Lebih baik perlawanan ini diadakan lebih lewat, iaitu apabila suhu sudah tidak menjadi masalah kerana perlawanan ini membabitkan perebutan tempat dalam saingan Eropah.
"Kelab berasa kesal kerana perkara seumpama ini tidak diambil kira dan kami percaya LaLiga akan membetulkan jadual perlawanan ini demi kebaikan golongan profesional dan semua peminat yang menghadiri perlawanan itu."
Sevilla memerlukan kemenangan ke atas Athletic selain mengharapkan kekalahan Getafe dan Valencia untuk mencerahkan peluang layak ke saingan UCL musim depan.