Skip to main content

Bola Sepak

Cristiano Ronaldo ledak gol ala-ala puskas bantu Al-Nassr lakar kemenangan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ronaldo-cristiano.jpg
Cristiano Ronaldo menjaringkan gol voli yang menakjubkan untuk memberi inspirasi kepada kebangkitan Al-Nassr melakar kemenangan ke atas Al-Riyadh.

Skuad Ronaldo meraih kemenangan 2-1 di tempat sendiri semalam untuk merapatkan jurang di tempat kedua Al-Hilal kepada satu mata dalam Liga Pro Saudi.

Bagaimanapun, Al-Nassr terpaksa melakukannya dengan susah payah selepas Faiz Selemani memberi pendahuluan kepada pelawat.

Ronaldo menyamakan kedudukan perlawanan dengan jarak dekat selepas hantaran lintang rendah Sadio Mane pada separuh masa kedua.

Pemain berusia 40 tahun itu kemudian melakukan rembatan voli yang cukup cemerlang sebelum menembusi gawang.

Al-Awwal Park meletus dan Ronaldo berlari ke arah sudut untuk melakukan sambutan ikoniknya Siu.
   

Advertisement

Must Watch Video