Legenda bola speak dunia, Cristiano Ronaldi menegaskan bahawa "Saya tidak mengejar rekod, sebaliknya rekod yang mengejar saya" selepas mencatatkan rekod baru jumlah jaringan gol dalam Liga Pro Saudi.

Penyerang Portugal yang berusia 39 tahun itu, menjaringkan dua gol dalam kemenangan 4-2 Al-Nassr menentang Al-Ittihad untuk mencecah 35 angka.

Ini bermakna dia memintas jumlah jaringan Abderrazak Hamdallah sebanyak 34 gol yang dijaringkan pada musim 2018-19, walaupun jumlah jaringan penyerang Maghribi itu, juga untuk kelab Al-Nassr - dilakukan dalam jumlah perlawanan yang lebih sedikit.

Ronaldo menjaringkan 64 gol dalam 69 perlawanan untuk Al-Nassr dalam semua pertandingan sejak menyertai kelab itu pada Januari 2023 selepas meninggalkan Manchester United.

Kemenangan itu bermakna Al-Nassr menamatkan kempen di tempat kedua untuk musim kedua berturut-turut, 14 mata di belakang juara Al-Hilal tetapi berkelebihan 17 mata ke atas kelab tangga ketiga, Al-Ahli.

Ronaldo kini sudah menjaringkan 765 gol dalam karier 22 tahunnya termasuk aksi bersama kelab Sporting Lisbon, Manchester United, Real Madrid and Juventus.

Dia turut memegang rekod jaringan lelaki untuk gol antarabangsa dengan sejumlah 128 gol dalam 206 penampilan untuk Portugal.