BOLA SEPAK

Cristiano Ronaldo bukan beban, terus pecahkan rekod jaringan paling banyak

Stadium Astro
Najmi Iman
27/05/2024
23:23 MYT
Sponsor Banner
Cristiano Ronaldo bukan beban, terus pecahkan rekod jaringan paling banyak
Pemain terbaik sepanjang zaman, Cristiano Ronaldo, terus mencipta sejarah setelah merekodkan jaringan paling banyak dalam satu musim dalam Liga Pro Saudi.
Sebelum ini, pemain kelahiran Maghribi, Abderrazak Hamdallah, merupakan pemain pertama mencatatkan jaringan tertinggi sebanyak 34 gol pada musim 2018/19 dalam liga utama Arab Saudi itu. Namun, sejarah tercipta apabila pemenang anugerah Ballon d'Or itu terus mendominasi carta penjaring terbanyak selain menyumbat 35 gol selepas membantu pasukannya Al-Nassr menewaskan pencabar terdekat, Al Ittihad.
Sejak menyertai pasukan pada tahun lalu, bekas penyerang Manchester United itu sudah melengkapkan 64 jaringan dalam ke semua 69 perlawanan bersama Al-Nassr.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video