Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Cristiano Jr rangkul kejuaraan bersama skuad B15 Portugal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cristiano-jr.jpg
Anak Cristiano Ronaldo, Cristiano Jr, mempamerkan persembahan mempesonakan pada perlawanan akhir kejohanan Vlatko Markovic B-15 2025, membawa Portugal meraih kemenangan mendebarkan 3-2 ke atas Croatia dan menarik perhatian peminat bola sepak di seluruh dunia.

Hanya beberapa hari selepas membuat penampilan sulung antarabangsanya di peringkat remaja menentang Greece, penyerang berusia 14 tahun itu diberi permulaan pertamanya untuk pasukan Bawah 15 Portugal dan dia berjaya melakukannya dengan cara yang menakjubkan.

Cristiano Jr membuka jaringan pada minit ke-13, menjaringkan gol pertamanya dalam warna kebangsaan dengan rembatan kaki kiri yang cemerlang yang memaksa penjaga gol Croatia itu tertidak berdaya menafikan jaringan.

Pemain muda itu meraikan gol pertamanya dengan sambutan ikonik 'SIUU' yang terkenal oleh bapanya.

Terus mempamerkan bakat semula jadi dan ketenangannya, bintang muda itu kembali menyerlah pada awal separuh masa kedua. Bijak membaca hantaran silang rakan sepasukan, Cristiano menanduk masuk bola untuk memulihkan pendahuluan Portugal selepas Croatia menyamakan kedudukan.
 

Walaupun dia telah digantikan kemudian dalam perlawanan itu, Cristiano Jr telah meninggalkan kesan yang cukup mendalam buat pasukannya. 

Dengan kedudukan terikat 2-2, Rafael Cabaral memastikan kemenangan penuh dramatik untuk melakar kejuaraan untuk Portugal dalam perlawanan akhir.

Advertisement

Must Watch Video