Skip to main content

Bola Sepak

Covid-19: MFL sedia jalankan Liga-M tanpa penonton

mfl-abdul-ghani-hassan.jpg
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) masih menunggu status daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memuktamadkan keputusan sama ada kesemua perlawanan Liga Malaysia (Liga-M) akan dilangsungkan secara tertutup tanpa penyokong atau tidak berikutan kebimbangan wabak Covid-19.

Jika KKM memberikan sokongan untuk tindakan itu dilakukan, MFL akan bertindak segera bagi membendung wabak berkenaan.

"Kami sudah berunding secara lisan tetapi masih belum mengambil keputusan," kata Pemangku Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Abdul Ghani Hassan.

"Kami masih memantau dan perlawanan pada hujung minggu ini akan berlangsung speerti biasa.

"Sekiranya ada pengumuman daripada pihak berwajib, kami akan mengambil tindakan drastik," katanya.

Ketika ini, beberapa negara sudah mengambil langkah pencegahan awal dengan meneruskan saingan liga mereka tanpa penonton.

Antara yang melakukannya ialah Thailand, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Itali.

"Sekiranya ada penangguhan atau bermain dalam stadium kosong, MFL akan meminta kebenaran untuk memanggil ahli lembaga pengarah dan semua rakan kongsi untuk membincangkannya.

"Sebab ia melibatkan banyak pihak.

"Jika membuat keputusan drastik tanpa perbincangan, ia akan menimbulkan salah faham," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video