Pertahanan, Ezequiel Garay, muncul pemain LaLiga pertama dalam kalangan lima tonggak Valencia yang disahkan dijangkiti wabak koronavirus baru (Covid-19).
Pemain dari Argentina itu, yang dijangka tersisih bagi baki musim ini selepas menjalani pembedahan ligamen lutut bulan lalu, mengumumkan berita berkenaan di Instagram semalam sambil berkata dia dalam keadaan yang "sangat baik".
LaLiga kini berehat dua minggu manakala Kerajaan Sepanyol dijangka akan mengisytiharkan perintah berkurung kebangsaan selama 15 hari bermula hari ini dalam usaha mengatasi pandemik itu.
Garay menulis: "Jelas sekali saya telah memulakan tahun 2020 dengan buruk.
"Saya telah diuji positif koronavirus tetapi berasa sangat baik. Saya hanya perlu memberi perhatian kepada arahan pihak berkuasa kesihatan dan mengasingkan diri buat masa ini."
Garay, 33, telah memulakan 17 perlawanan LaLiga dan empat aksi Liga Juara-Juara (UCL) musim ini.
Skuad bimbingan Albert Celades itu mendiami tangga ketujuh saingan Sepanyol itu, empat mata di belakang Real Sociedad yang di kedudukan keempat.
Pengembaraan mereka dalam UCL berakhir minggu lalu susulan kekalahan agregat 4-8 kepada Atalanta.
Meskipun Valencia tidak menyebut sebarang nama pemain tetapi seorang lagi pertahanan tengah, Eliaquim Mangala, muncul di Twitter untuk mengakui dijangkiti Covid-19 selain menyeru kepada orang ramai agar sentiasa mengelak daripada melakukan sebarang sentuhan selagi boleh.
"Hari ini saya mendapat tahu bahawa saya positif #Coronavirus," katanya yang hanya membuat satu penampilan LaLiga musim ini.
"Saya berasa sihat dan tidak menunjukkan gejala yang berkaitan dengan virus itu. Namun, saya berada di rumah dan diasingkan dengan keluarga.
"Saya mendapat tahu bahawa kita boleh membawa virus itu tanpa mengalami sebarang gejala, itulah sebabnya setiap orang perlu mengambil langkah berhati-hati dan elakkan bersentuhan dengan orang lain selagi boleh biarpun anda berasa sihat.
"Jika semua orang mematuhi langkah ini, bersama-sama kita boleh mengelak penyebaran virus ini yang boleh mengakibatkan gejala yang lebih buruk."

— Eliaquim Mangala (@Elia22Mangala) March 15, 2020