Skip to main content

Bola Sepak

Covid-19: Bola sepak Jerman akan beri penghargaan buat mangsa

bundesligacropped_1kqevaa3izml81frm5gk4lecr7.jpg
Saingan Bundesliga dan 2.Bundesliga akan mengingati mereka yang terkorban ketika wabak coronavirus dengan mewujudkan tempoh diam selama seminit sebelum setiap perlawanan dalam dua aksi seterusnya.

Bola sepak tertinggi di Jerman serta divisyen dua kembali dijalankan secara tertutup pada minggu lalu selepas ditangguhkan Mac lalu akibat Covid-19.

Terdapat hampir 178,000 kes disahkan di Jerman sambil 8,000 nyawa telah terkorban.

Rabu lalu, Liga Bolasepak Jerman (DFL) mengumumkan perancangan untuk memberi penghargaan buat semua mangsa.

"Bundesliga dan 2.Bundesliga akan mengingati mangsa coronavirus sebelum sepak mula dalam aksi ke-27 dan 28," kata wakil DFL.

"Pasukan juga akan menggunakan reben hitam."

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) DFL, Christian Seifert, menambah: "Penularan coronavirus telah pun menyebabkan banyak terkorban di seluruh dunia.

"DFL mahu menunjukkan penghargaan dalam dua aksi seterusnya.

"Dalam masa sama, kami cuba mengucapkan terima kasih dan penghargaan buat mereka yang bekerja keras dalam memerangi wabak itu tidak kira dalam bindang perubatan, kesihatan, politik dan lain-lain dalam negara kami."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video