Philippe Coutinho menerima tempohnya di Barcelona tidak seperti diharapkan setelah melengkapkan pinjaman ke Bayern Munich, semalam.
Coutinho menyertai Barca daripada Liverpool pada Januari 2018 menerusi perpindahan bernilai EUR160 juta (RM740 juta) dan segalanya bermula baik apabila dia menyumbat lapan gol dalam 18 penampilan pertama LaLiga.
Namun, dia bergelut untuk mengekalkan prestasi dan gagal meraih tempat dalam kesebelasan utama musim lalu, dengan beraksi dalam hanya 22 perlawanan.
Dia dipersalahkan oleh peminat dan terus menerima kritikan -- sama seperti pengendali, Ernesto Valverde, dan rakan sepasukan, Ivan Rakitic -- selepas Barcelona disingkirkan dalam suku akhir Liga Juara-Juara Eropah oleh Liverpool walaupun menang 3-0 dalam aksi pertama.
Pemain Brazil itu dikatakan menjadi peluang buat Barca mendapatkan semula khidmat Neymar daripada Paris Saint-Germain (PSG) ke Camp Nou tetapi Bayern mengesahkan pinjamannya berserta pilihan pembelian tetap bernilai EUR120 juta (RM555 juta).
Coutinho berpendapat situasi seharusnya menjadi lebih baik dalam LaLiga tetapi dia gembira menyertai juara bertahan Bundesliga itu.
"Bercakap tentang Barcelona, segalanya tidak seperti apa yang kami harapkan," katanya.
"Namun, itu sudah berlalu. Ini kelab baru, pasukan besar dan penting. Saya harap dapat berada di sini untuk tempoh yang lama dan memenangi banyak kejuaraan."
Walaupun mengharungi kesukaran bersama Barca, dia tidak melihatnya sebagai pengalaman negatif tetapi tidak meragui langkahnya untuk menyertai Bayern.
"Dalam masa beberapa tahun, saya melalui banyak pengalaman hebat," tambahnya.
"Saya belajar banyak perkara, meraih banyak kemenangan bersama kelab dan kami berdepean Copa America di mana saya memenangi gelaran juara dan ia sangat penting.
"Kini, saya berpeluang bersama kelab baru dan besar. Saya tidak teragak-agak apabila Pengarah Sukan Bayern, Hasan Salihamidzic, menghubungi saya.
"Dia benar-benar mahu saya datang ke sini, jadi mereka terbang ke Barcelona, kami bertemu dan mereka membentangkan saya projek. Sebab itu saya mahu berterima kasih kepada mereka kerana sejak saat pertama, ia jelas bagaimana mereka melihat saya. Penting untuk saya melihatnya."
Coutinho dijangka melakukan penampilan pertama dalam aksi menentang Schalke di tempat lawan, Sabtu ini.