Neymar dan rakan-rakannya di dalam skuad Brazil perlu membiasakan diri dengan pendekatan pihak lawan yang cuba mengganggu rentak menyerang mereka dengan kekasaran taktikal sepanjang Piala Dunia Russia ini, menurut Philippe Coutinho.
Perancang Barcelona itu menjaringkan gol pembukaan hebat sewaktu menentang Switzerland sebelum gol Steven Zuber hadir untuk Brazil akur seri 1-1, semalam.
Neymar telah dikasari sebanyak 10 kali dalam perlawanan itu -- melebihi mana-mana pemain dalam sebarang perlawanan Piala Dunia sejak 1998 -- yang menyaksikan tiga pemain Switzerland menempah kad kuning kerana menjatuhkan bintang Paris Saint-Germain (PSG) berkenaan.
Pemain paling mahal di dunia itu beberapa kali kelihatan berguling kesakitan pada babak kedua sambil stokingnya yang terkoyak jelas kelihatan, begitupun Coutinho menegaskan bahawa Neymar telah mengalahkan taktik agresif Switzerland.
"Ya, Switzerland mengasari kami dengan teruk tetapi saya berasakan semua perlawanan akan menjadi seperti ini," kata Coutinho kepada wartawan.
"Kami bercakap tentang Piala Dunia jadi semua orang akan cuba mempertahankan permainan mereka.
"Neymar baik-baik saja namun seperti yang dapat anda saksikan semasa pertandingan, adakalanya pihak lawan memilih melakukan kekasaran yang tidak sepatutnya, anda perlu menanganinya dan ia menjejaskan rentak permainan -- tetapi itulah hakikatnya.
"Semua perlawanan akan menjadi seperti ini dan kami perlu menyesuaikan diri dengannya."
Kemenangan 1-0 Serbia ke atas Costa Rica menyaksikan Brazil memerlukan keputusan positif dalam perlawanan kedua Kumpulan E jika berhasrat meneruskan kemaraan.
Coutinho, bagaimanapun, tidak bimbang tentang prospek bahawa salah sebuah kegemaran akan tersingkir awal.
"Setiap perlawanan adalah penting," kata bekas bintang Liverpool itu.
"Apabila anda bercakap tentang skuad kebangsaan dan Piala Dunia, jelas sekali jika kami ingin melangkah jauh, kami perlu mendapatkan mata -- dan kami perlu melakukannya pada perlawanan seterusnya."