Skip to main content

Bola Sepak

Coutinho akan kekal di Anfield -- Klopp

philippe-coutinho-cropped_c2c9e4hj4exu1t53oetr378fa.jpg
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, menegaskan Philippe Coutinho akan kekal di Anfield meskipun timbul laporan bahawa Barcelona berminat mendapatkan pemain itu.

Pemain berusia 24 tahun itu mengikat kontrak lima tahun bersama Liverpool, Januari lalu, namun spekulasi mengenai perpindahannya ke Camp Nou tetap berlarutan.

Bagaimanapun, Klopp kekal tenang mengenai masa depan bintang Brazil itu.

"Bilakah dia menandatangani kontrak barunya?," Klopp memberitahu media UK sebelum menambah: "Dia memiliki klausa penebusan kontrak sebanyak GBP400 juta."

"Kami tidak merancang untuk melepaskannya.Pemilik kelab juga memaklumkan bahawa kami tidak perlu melepaskan sesiapa pun jika itu yang kami mahukan.

"Ini bermakna kami mampu membawa masuk muka baharu.

"Skuad ini cukup stabil. Kami mahu membawa masuk beberapa muka baru tetapi tiada sesiapapun yang akan berhijrah melainkan itulah yang kami putuskan."

Coutinho telah menjaringkan 10 gol dan enam bantuan jaringan dalam 29 penampilan dalam Liga Perdana Inggeris musim ini bagi membantu Liverpool menduduki tempat ketiga.

Anak buah Klopp bakal berdepan West Ham dan Middlesbrough dalam misi layak ke Liga Juara-Juara Eropah.

Advertisement

Must Watch Video