Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Courtois sambut kedatangan Hazard

hazard-cropped_pgxh9roeop2h1ttpjbhh9ffpa.jpg
"Selamat datang ke kelab terbaik dunia."

Itu pesanan Thibaut Courtois setelah Eden Hazard melengkapkan perpindahan ke Real Madrid.

Hazard menyertai gergasi LaLiga itu daripada Chelsea menerusi kontrak lima tahun semalam, sekali gus melengkapkan perpindahan yang mampu mencecah EUR140 juta (RM648 juta).

Bintang Belgium itu menjulang dua trofi Liga Perdana Inggeris dan Liga Europa ketika di Chelsea, di mana dia beraksi bersama Courtois sebelum penjaga gol itu ke Madrid pada awal musim 2018-19.

Dan Courtois mengalu-alukan kedatangan Hazard ke Santiago Bernabeu menerusi laman sosial tatkala kedua-dua pemain itu sedia untuk bekerjasama semula di Madrid.

"Selamat datang ke kelab terbaik dunia!!! @hazardeden10 @realmadrid," kata Courtois.

Hazard -- yang mengetuai Chelsea menjulang Liga Europa musim ini -- merupakan pemain keempat yang ditandatangani Zinedine Zidane menjelang musim 2019-20.

Pemain berusia 28 tahun itu mengikut langkah Eder Militao, Luka Jovic dan Rodrygo untuk ke ibu negara Sepanyol itu sambil Madrid turut mengintai peluang mendapatkan bek kiri Lyon, Ferland Mendy, tonggak tengah Manchester United, Paul Pogba, serta bintang Paris-Saint Germain (PSG), Neymar.

Advertisement

Must Watch Video