REAL MADRID 4 LEGANES 1
Thibaut Courtois percaya persaingan dengan Keylor Navas sesuatu yang sihat buat Real Madrid musim ini dan berkata pesaingnya itu sempat mengucapkan selamat maju jaya dalam penampilan sulungnya awal pagi tadi.
Pemain Belgium itu melakukan persembahan pertamanya bersama kelab berkenaan susulan perpindahannya daripada Chelsea untuk meraih kemenangan 4-1 ke atas Leganes di Santiago Bernabeu.
Navas yang merupakan sebahagian tonggak utama dalam kejayaan di Madrid kebelakangan ini -- sekurang-kurangnya tiga kejayaan berturut-turut dalam Liga Juara-Juara (UCL) -- tetapi posisinya terancam berikutan ketibaan Courtois.
Bagaimanapun, bekas pemain Atletico Madrid itu menegaskan bahawa dia dan Navas mempunyai hubungan yang positif sungguhpun mereka bersaing untuk merebut posisi nombor satu.
"Pengurus memberitahu saya semalam (saya akan bermain) dan saya sangat gembira," kata Courtois kepada Movistar.
"(Navas) mengucapkan semoga berjaya kepada saya. Hubungan kami baik. Kadang-kadang orang sengaja mencetuskan masalah tetapi kami berdua hanya bersaing.
"Ia sesuatu yang sangat baik untuk pasukan, termasuk Kiko Casilla, kami adalah tiga penjaga gol yang hebat.
"Pada permulaannya, anda perlu menyesuaikan diri dengan pasukan baru. Sesi latihan berjalan lancar, namun perlawanan adalah sesuatu yang lain.
"Apabila anda tiba agak lewat, sukar untuk memulakan permainan tetapi saya berasa sangat baik."
Apabila ditanya sama ada dia menjangkakan akan berada di barisan permulaan selepas rehat antarabangsa, Courtois mendedahkan ketua jurulatih, Julen Lopetegui, tidak memberitahunya.
"Dia tidak memberitahu kami apa-apa," katanya. "Kami perlu terus bersaing dalam setiap sesi latihan."
Kapten Madrid, Sergio Ramos, juga memberi amaran terhadap jasa Navas atas pencapaiannya di ibu kota Sepanyol itu.
"Courtois adalah penjaga gol yang hebat tetapi anda tidak boleh melupakan peranan besar Keylor menerusi kejuaraan UCL yang dimenanginya untuk kami," katanya kepada Movistar.
"Skuad ini bertambah baik, ia menyulitkan pengurus serta sesuatu yang positif dan perkara baik."