Skip to main content

Bola Sepak

Courtois mahu kembali bergabung bersama Hazard

hazard-cropped_m8ffqq9s9hjj1u8m0nj6w5sqt.jpg
Thibaut Courtois mengakui dia gembira jika dapat kembali beraksi bersama bekas rakan sepasukan di Chelsea, Eden Hazard, selepas melengkapkan perpindahan impian ke Santiago Bernabeu.

Courtois dikaitkan dengan perpindahan keluar daripada Chelsea sejak awal tahun lalu dan pemain Belgium itu menyasarkan untuk berhijrah ke kota Madrid memandangkan dua anaknya tinggal di ibu negara Sepanyol itu.

Keinginannya itu akhirnya dipenuhi selepas melengkapkan perpindahan ke Real Madrid semalam dan dia pantas mengakui bahawa dia berharap Hazard akan menyertainya di Sepanyol.

"Matlamat saya adalah mahu datang ke sini dan semua orang tahu tentangnya walaupun saya tidak boleh menyatakannya kepada media. Saya gembira dan berbangga berada di sini," kata Courtois.

"Hazard gembira saya dapat tiba ke sini kerana dia tahu ia adalah impian saya.

"Saya akan sentiasa menyokongnya. Hazard merupakan pemain yang hebat dan jika dia dapat berhijrah ke sini, semestinya ia menjadi sesuatu yang bagus."

Ketika Madrid cuba mendapatkan khidmatnya, banyak pihak mempersoalkan keperluan Los Blancos memandangkan Keylor Navas telah memainkan peranan penting buat juara Eropah itu dalam empat tahun terakhir.

Selepas dia melengkapkan perpindahan itu, sesetengah pihak menganggap agak tidak adil untuk mengetepikan Navas, namun Courtois yakin dia tetap akan menikmati hubungan baik dengan penjaga gol Costa Rica itu walaupun akan bersaing antara satu sama lain.

"Apabila saya datang ke Chelsea, saya menggantikan Petr Cech dan masih bercakap dengannya sehingga hari ini.

"Penjaga gol adalah sebahagian daripada pasukan dan juga bergelar rakan. Saya akan melakukan apa yang mampu untuk memastikan perasaan yang baik dalam kelompok pemain. Saya akan membantu Madrid memenangi perlawanan dan trofi," katanya lagi.
 

Advertisement

Must Watch Video