Diego Costa sentiasa menjangkakan Antoine Griezmann akan menolak lamaran Barcelona kerana berasakan Atletico Madrid mampu bersaing dengan mana-mana pasukan.
Penyerang Perancis itu telah meletakkan masa depannya bersama Atletico pada Jun lalu dengan menandatangani kontrak lanjutan sehingga 2023.
Dia telah dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona dan statusnya telah ditentukan dalam pusingan awal saingan Piala Dunia, Jun lalu.
Costa, yang menyuarakan kekecewaan berhijrah ke Chelsea pada 2014, percaya rakan sepasukannya itu berhak menolak perpindahan tersebut dan kekal bersama Atletico.
"Saya memahami Griezmann. Ramai yang mengkritik persembahannya dan menegaskan dia memerlukan perubahan," kata Costa.
"Orang luar boleh memberikan pendapat tetapi kami membantunya dan memberikan panduan yang betul.
"Dia mengikut gerak hatinya, kekal bersama pasukan.
"Sememangnya, tawaran daripada Barcelona adalah penting. Lionel Messi dan Barcelona itu sendiri, ia amat mengujakan. Tetapi Atletico adalah kelab yang besar dan Griezmann adalah pemimpin kelab ini.
"Dia kekal dan memberikan kami Liga Europa (UEL), kemudian memenangi Piala Dunia sebelum Piala Super."