Diego Costa akan tetap digantung lapan perlawanan selepas Persatuan Bolasepak Diraja Sepanyol (RFEF) sah menolak rayuan yang dikemukakan Atletico Madrid.
Costa dilayangkan kad merah dalam separuh masa pertama ketika Atletico tewas 0-2 kepada Barcelona, hujung minggu lalu, yang mengakibatkan skuad kendalian Diego Simeone itu ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu LaLiga berkenaan.
Pemain kebangsaan Sepanyol itu diarahkan keluar padang selepas menyerang pengadil, Jesus Gil Manzano, yang turut mendakwa penyerang itu menghina ibunya selain merentap tangannya ketika diminta untuk meninggalkan lapangan di Camp Nou itu.
Simeone menyifatkan hukuman itu sebagai "keterlaluan", namun RFEF mengumumkan bahawa Jawatankuasa Rayuan telah menolak permohonan Atletico, semalam.
Bagaimanapun, kelab itu masih boleh mencabar keputusan itu melalui Mahkamah Pentadbiran Sukan Sepanyol (TAD).
Dengan peggantungan itu, Costa akan terlepas kesemua baki perlawanan musim ini dengan Atletico akan melengkapkan tujuh perlawanan LaLiga sepanjang tempoh itu.