Skip to main content

Bola Sepak

Costa akan terlepas pertemuan dengan Lyon

douglas-costa.jpg
Douglas Costa akan terlepas perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di antara Juventus dan Lyon kerana kecederaan.

Pemain sayap itu menderita kecederaan paha ketika Juve tewas mengejut 1-2 kepada Hellas Verona dalam Serie A, Sabtu lalu.

Berdasarkan ujian yang dilakukan pegawai perubatan kelab itu, dia dijangka terpaksa direhatkan selama 15 hingga 20 hari.

Ia bermakna pemain berusia 29 tahun itu berkemungkinan tidak cukup cergas ketika berkunjung ke Lyon pada 26 Februari ini selain pertemuan dengan pendahulu liga, Inter Milan, awal bulan depan.

Costa akan turut terlepas perlawanan separuh akhir pertama Coppa Italia menentang Milan pada Khamis ini, termasuk perlawanan Serie A dengan Brescia dan SPAL.

Faktor kecederaan kerap membataskan penampilan Costa di Turin dengan pemain kebangsaan Brazil itu hanya diturunkan sebanyak lima kali sepanjang musim ini.



Editor: Muzaffar Musa

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found