Skip to main content

Bola Sepak

Corak permainan United tidak menarik -- jurulatih Ajax

bosz-250517.jpg
Jurulatih Ajax Amsterdam, Peter Bosz, tidak terpikat dengan Manchester United selepas pasukannya tumbang 2-0 dalam perlawanan akhir Liga Europa sambil mengakui skuad Eredivisie itu belum cukup bagus.

Rembatan Paul Pogba yang terbias daripada Davinson Sanchez sebelum bola menerjah gawang memberikan gol pendahuluan awal buat United sebelum Henrikh Mkhitaryan meletakkan United dalam kedudukan selesa sejurus permainan bersambung, tatkala Ajax buntu untuk menembusi pertahanan lawan.

"Aksi kami tidak cukup bagus dalam segenap aspek. Kami gagal memperagakan permainan sebenar. Mereka lebih berpengalaman dan lebih kuat secara fizikalnya," kata Bosz kepada RTL7.

"Situasi menjadi sukar apabila kami melepaskan gol yang tidak bernasib baik seperti itu pada awal permainan. Ia membenarkan United untuk lebih bertahan dan keadaan bertambah sukar apabila mereka mencetak gol kedua.

"Kesemua pemain mereka berkubu di tempat sendiri dan sukar untuk kami mencipta sesuatu. Kedua-dua pasukan gagal mencipta sebarang peluang.

"Bukanlah United yang menandingi kami sepenuhnya dan mencipta peluang demi peluang. Kami tidak patut kalah seperti ini kepada United.

"Kami sangat kecewa. Kami semua mahukan kemenangan. Tetapi, kami boleh berbangga dengan aksi seperti ini.

"Kami telah melaksanakan tugas dengan baik dalam kempen Liga Europa dan membawa keceriaan terhadap penyokong. Kami akan menimba pengalaman yang banyak.

"Kami mempunyai ramai pemain berbakat besar dan berharap dapat mengekalkan mereka."


 

Advertisement

Must Watch Video