SERIE A
Coppa Italia: Sanchez inspirasi kemaraan Inter
INTER 2 ROMA 0
Penyerang Inter, Alexis Sanchez, memperagakan kemampuan sebenar sebelum meluahkan kekecewaannya berikutan kekangan permainan di bawah kendalian Simone Inzaghi musim ini.
Sanchez meniupkan inspirasi kebangkitan Nerazzurri bagi memadam kekecewaan pertembungan 'derby' lalu menerusi kemenangan 2-0 ke atas Roma untuk kemaraan ke separuh akhir Coppa Italia.
Iklan
Selepas Edin Dzeko membuka jaringan di San Siro, jaringan pemain antarabangsa Chile itu menyusul selepas dia melepaskan satu percubaan deras sejauh 25 ela di pertengahan babak kedua.
Bekas penyerang Barcelona, Manchester United dan Arsenal itu juga mengatur asakan tertinggi iaitu 13 hantaran silang dan lima hantaran penting.
Sanchez membuat penampilan ke-23 musim ini tetapi awal pagi tadi merupakan permulaan keenamnya.
Walaupun mengakui pasukan perlu diutamakan, dia tidak dapat berselindung terhadap tahap kekecewaannya memandangkan sekadar dapat memberikan sumbangan kecil.
? | HEY AMIGO? This is what stars are made of ?#InterRoma 2⃣-0⃣#CoppaItaliaFrecciarossa #FORZAINTER ⚫? pic.twitter.com/1Ixe10Hfu4— Inter ??? (@Inter_en) February 8, 2022
Dia berkata: "Saya sentiasa mahu beraksi. Lebih kerap saya bermain, lebih baik rentak saya.
"Saya mahu melakukan yang terbaik buat pasukan, sukar untuk menyerlah dalam tempoh hanya lima atau 10 minit."
Melihat kepada situasi semasa Inter, Sanchez memberitahu Sport Mediaset: “Kami beraksi lebih baik daripada Milan dalam perlawanan derby lalu tetapi kami tidak sepatutnya melakukan kesilapan.
"Kami perlu kekal tenang kerana kami masih berada di puncak Serie A dan kami mahu meneruskan perjalanan ini."
Must-Watch Video