Xavi kecewa dengan kegagalan Barcelona untuk memanfaatkan detik penting perlawanan selepas mereka dibelasah dalam pertembung 'El Clasico' 4-0 di Camp Nou, sebentar tadi.
Real Madrid bangkit memadam bekalan 1-0 musuh ketat itu untuk melolosi peringkat separuh akhir Copa del Rey dengan agregat 4-1.
Selepas memberikan aksi bertenaga dalam separuh masa pertama, Barca kecundang dalam tempoh singkat sejurus Thibaut Courtois bertindak cemerlang menafikan percubaan Robert Lewandowski sebelum serangan balas pelawat disempurnakan Vinicius Junior.
Madrid kemudian mengesahkan kemaraan mereka dalam babak kedua apabila hatrik Karim Benzema meletakkan juara 31 kali dan bakal menyaksikan anak buah Carlo Ancelotti itu bertemu Osasuna dalam perlawanan akhir pada 6 Mei.
Lantas, pengurus Blaugrana itu kecewa dengan kegagalan barisannya mengekalkan prestasi mereka seperti dalam babak pertama apabila memberitahu Movistar+: "Ia adalah satu malam yang sukar untuk dihadam. Inilah bola sepak.
"Anda perlu bersaing dengan lebih baik. Kami bersaing sebelum ketinggalan 0-1. Ia adalah satu detik yang perlu kami hentikan.
"Kami juga boleh menyekat jaringan kedua. Pendek kata, ia adalah butiran yang perlu kami kuasi.
“Dalam separuh masa pertama prestasi kami sangat bagus tetapi seperti yang saya katakan: bola sepak adalah mengenai detik-detik penting dan kami gagal mengambil kesempatan.
"Apabila permainan bola sepak menjadi seimbang, anda perlu memanfaatkan detik-detik seperti itu. Kami tidak melakukannya dalam separuh masa pertama sementara mereka pula menonjolkannya dalam babak kedua. Mereka memang lebih hebat."

4 - Real Madrid have scored at least four goals against Barcelona in any competition for the first time since May 2008 (4-1 in LaLiga), and had not done so at Camp Nou since January 1963 (1-5 in LaLiga).
— OptaJose (@OptaJose) April 5, 2023
Punch. pic.twitter.com/kglbDk021L