Venezuela berjaya merantai Lionel Messi dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini dan Salomon Rondon yakin bintang Argentina itu akan sekali lagi dikekang dalam pertemuan suku akhir Copa America 2019, 3 pagi esok (waktu Malaysia).
Messi masih menantikan trofi sulung di peringkat antarabangsa dan kini berdepan misi hidup dan mati di Brazil.
Dia dan jurulatih, Lionel Scaloni, menaruh harapan agar tidak terkandas dalam pusingan awal kalah mati itu selepas memerlukan kemenangan ke atas Qatar dalam aksi terakhir Kumpulan B untuk menduduki tangga kedua dengan kemenangan 2-0 di Porto Alegre selepas tewas kepada Colombia dan disusuli seri dengan Paraguay.
Brazil dijangka menanti mereka dalam separuh akhir tetapi ketika ini, Albiceleste perlu terlebih dahulu mencari jalan untuk mengatasi juara Kumpulan A itu dan yang terbukti bukan lawan mudah dalam pertemuan lalu.
Venezuela dua kali mengikat Argentina dalam kelayakan Piala Dunia 2018 serta meraih tiga mata dalam kelayakan edisi sebelumnya, termasuk kemenangan 3-1 dalam perlawanan persahabatan, Mac lalu, yang menyaksikan Messi keluar daripada persaraannya.
Ketua pasukan Barcelona itu menyumbat gol ketika kedua-dua pasukan bertemu dalam separuh akhir Copa America Centenario, tiga tahun lalu, tetapi Rondon yang menjadi inspirasi kemaraan Venezuela berharap ia tidak berulang lagi.
"Dia bukan sahaja merupakan tonggak penting Argentina, bahkan bola sepak dunia," kata Rondon.
"Semua orang tahu keupayaannya tetapi kami tahu bagaimana untuk menyekatnya. Kami telah membuktikannya ketika layak ke Piala Dunia 2014.
"Kami sedar dengan keadaan dan kualiti kami, kami akan memanfaatkan kesempatan yang ada."
Setelah memuji sikap Argentina selepas menundukkan Qatar, Messi mengharapkan prestasi yang lebih baik dijelmakan dalam pertemuan di Rio de Janeiro itu.
"Kini satu lagi kempen Copa bermula," katanya kepada pemberita sejurus selepas perlawanan.