BOLA SEPAK
Copa America: Tite nafi hantar dron intip Peru
Tite menafikan laporan Brazil telah menggunakan dron untuk mengintip Peru menjelang aksi peringkat kumpulan Copa America, awal pagi esok.
Akhbar Peru, Libero, mendakwa Brazil telah menghantar dron untuk mengintip sesi latihan skuad kendalian Ricardo Gareca itu menjelang aksi terakhir Kumpulan A di Sao Paulo.
Tite, yang menyaksikan pasukannya sekadar seri dengan Venezuela, menolak laporan dari Peru itu.
Iklan
"Ambil kata-kata saya bahawa kami tidak melakukannya," kata Tite.
"Jika kami melakukan perkara sebegini, saya akan mengundurkan diri."
Brazil dan Peru mengumpul empat mata, mendahului penghuni tangga ketiga dan keempat, Venezuela (dua mata) dan Bolivia (kosong mata).
Keyakinan Brazil menerima suntikan dengan kehadiran Neymar yang mengunjungi latihan rakan senegaranya.
"Kehadiran Neymar memberikan impak positif kepada pasukan.
"Saya berharap dia segera pulih dan kembali beraksi," ujarnya.
Must-Watch Video