Luiz Suarez disenaraikan dalam skuad akhir 23 pemain Uruguay bagi saingan Copa America walaupun masih belum pulih daripada pembedahan lutut.
Suarez terlepas aksi final Copa del Rey ketika Barcelona tewas mengejut kepada Valencia, hujung minggu lalu ekoran baru menjalani pembedahan meniscus.
Bagaimanapun, dia tetap tersenarai dalam skuad kendalian Oscar Tabarez itu dengan penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Edinson Cavani, turut tersenarai walaupun kerap mengalami kecederaan sepanjang musim ini.
Diego Godin merupakan antara nama besar yang tersenarai selepas pertahanan berpengalaman itu mengesahkan akan meninggalkan Atletico Madrid, yang turut diwakili seorang lagi pertahanan, Jose Jiminez.
Pemain tengah Arsenal, Lucas Torreira, Matias Vecino (Inter Milan) dan gandingan Juventus, Martin Caceras dan Rodrigo Bentancur, juga merupakan nama besar yang tersenarai.
Uruguay akan berdepan Panama dalam perlawanan persahabatan sebelum memulakan kempen Kumpulan C dengan berdepan Ecuador, 16 Jun ini.
Pasukan jemputan, Jepun, dan juara bertahan, Chile, juga berada dalam Kumpulan C.
Senarai penuh skuad Uruguay:
Martin Campana (Independiente), Fernando Muslera (Galatasaray), Martin Silva (Libertad); Martin Caceres (Juventus), Sebastian Coates (Sporting CP), Jose Gimenez (Atletico Madrid), Diego Godin (Atletico Madrid), Marcelo Saracchi (RB Leipzig), Giorgian de Arrascaeta (Flamengo), Rodrigo Bentancur (Juventus), Giovanni Gonzalez (Penarol), Diego Laxalt (AC Milan), Nicolas Lodeiro (Seattle Sounders), Nahitan Nandez (Boca Juniors), Gaston Pereiro (PSV), Lucas Torreira (Arsenal), Federico Valverde (Real Madrid), Matias Vecino (Inter), Edinson Cavani (Paris Saint-Germain), Maxi Gomez (Celta Vigo), Jonathan Rodriguez (Cruz Azul), Cristhian Stuani (Girona), Luis Suarez (Barcelona).