Ketua jurulatih Argentina, Lionel Scaloni, menegaskan dia sudah melepasi cabaran terbesar kepimpinannya menjelang perlawanan menentang Chile dalam penentuan tempat ketiga Copa America, pagi esok.
Selepas saban tahun bertukar-tukar pengurus, Argentina berharap Scaloni dapat membawa pasukan itu menjulang piala di Brazil bagi membuktikan dia merupakan individu tepat untuk memegang jawatan itu.
Dia mula dilantik tahun lalu bagi menggantikan Jorge Sampaoli selepas kegagalan Argentina dalam Piala Dunia.
Bagaimanapun, dia gagal untuk membuktikannya apabila Argentina tewas 0-2 kepada tuan rumah, Brazil, dalam separuh akhir dan ia menimbulkan persoalan mengenai kepimpinan Scaloni.
Dia menjawab persoalan itu dengan berkata: "Saya tidak berasakan yang saya dalam tempoh percubaan.
"Saya fikir saya sudah melepasi ujian saya.
"Membawa pemain ini dan memastikan mereka bermain merupakan cabaran saya dan saya telah melakukannya.
"Apa yang kami mahu lakukan telah dilakukan," katanya.
Scaloni percaya dia telah memilih pemain terbaik buat skuad Argentina sambil menambah: "Pemain ini akan menjadi masa depan skuad kebangsaan, tidak kira siapa sekalipun jurulatih mereka."
Kontraknya akan tamat pada penghujung tahun ini dan perlawanan di Arena Corinthians, Sao Paolo, pagi esok mungkin akan membantunya untuk melanjutkan tempoh berkenaan jika Argentina dapat memaparkan aksi meyakinkan.
"Perlawanan dengan Chile amat penting. Kami mahu menamatkannya dengan sebaik mungkin. Semua orang sedang bermotivasi," katanya.
Perlawanan itu akan menjadi ulangan final edisi 2015 dab 2016 di mana Chile memenangi kedua-duanya menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat tanpa jaringan.
Ketua jurulatih Chile, Reinaldo Rueda, mengimbas kembali perlawanan akhir tiga tahun lalu itu sambil berkata kedua-dua pasukan kini berada di era berbeza.
Menurutnya, Arturo Vidal berkemungkinan besar tidak akan diturunkan selepas pemain tengah Barcelona itu mengalami kecederaan buku lali.
Bekas jurulatih Honduras dan Ecuador itu menganggap, selepas tewas 0-3 kepada Peru dalam separuh akhir, pasukannya ingin meninggalkan Brazil degan nota kemenangan.
"Ia perlawanan penting dalam segala aspek.
"Ia demi maruah, kebanggaan dan keinginan untuk menamatkan kejohanan dengan baik di mana setiap pencapaian merupakan sesuatu yang penting," katanya.