Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Copa America: Qatar kutip pengajaran berguna

copa-america-messi.jpg
Jurulatih Qatar, Felix Sanchez, berkata peluang mengharungi Copa America 2019 dan berdepan Lionel Messi memberikan pengalaman yang hebat kepada juara Asia itu. 

Argentina melangkah ke suku akhir berbekalkan kemenangan 2-0 ke atas pasukan jemputan itu dalam Kumpulan B di Porto Alegre, awal pagi tadi.

Tuan rumah Piala Dunia 2022 itu berpeluang untuk mara berikutan mendahului Argentina di peringkat kumpulan dengan perbezaan gol sebelum sepak mula. 

Bagaimanapun, sentuhan pemusnah Lautaro Martinez dan Sergio Aguero memadamkan harapan Qatar untuk Argentina menamatkan saingan di belakang Colombia -- yang menang tipis ke atas Paraguay melalui jaringan tunggal Gustavo Cuellar.

Begitupun, Sanchez menghamburkan pujian terhadap kempen anak buahnya di Amerika Selatan.

"Sudah tentu pemain seperti Leo Messi boleh membuat perbezaan," katanya kepada wartawan. "Ada masanya dia menyumbangkan jaringan atau pun bantuan gol. 

"Kami cuba mengenal pasti kedudukan hantaran mereka supaya dapat mengekang pergerakan mereka tetapi kami sedar bahawa ia adalah sukar kerana dia berada di kedudukan berbeza di padang.

"Saya fikir kami berjaya menghalang Leo Messi daripada mencetak gol tetapi pada akhirnya, kami dibolosi dua gol dan keputusan itu tiada bezanya. 

"Tetapi, ia satu pengalaman yang cukup bernilai untuk berdepan pemain paling berbisa di dunia. 
Ia merupakan pengalaman untuk belajar dan memperbaiki prestasi Qatar pada masa akan datang."

Advertisement

Must Watch Video