Lionel Messi meragui peluang Argentina untuk memenangi saingan Copa America tahun ini di Brazil.
Messi dua kali melangkah ke final kejohanan tersebut pada 2015 dan edisi ke-100 pada tahun berikutnya tetapi tewas kepada Chile dalam kedua-dua perlawanan tersebut menerusi penentuan penalti.
Argentina telah tampil beraksi hingga ke final sebanyak lima kali, namun tewas empat daripadanya, dengan kejayaan terakhir diperoleh pada 1993 di Ecuador.
Messi tidak yakin bahawa mereka akan mencabar kejuaraan bagi edisi 2019 kerana mempercayai pasukannya sedang melalui proses peralihan.
"Kami akan menampilkan keinginan yang sama dalam kejohanan ini tetapi realitinya Argentina sedang melalui banyak perubahan," katanya.
"Ia merupakan kejohanan utama pertama buat sebilangan besar pasukan ini tetapi ia tidak bermaksud La Albiceleste tidak mengendahkan kejuaraan kali ini."
Messi mengakui dia masih lagi kecewa dengan pengakhiran bersama Barcelona musim ini selepas peluang mereka merangkul 'treble' berakhir pada penghujung musim.
Walaupun menjuarai LaLiga, kekalahan 4-0 kepada Liverpool dalam aksi kedua separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) menyaksikan mereka tersingkir daripada saingan Eropah di samping tewas 2-1 kepada Valencia dalam final Copa del Rey.
Di sebalik kekecewaan itu, Messi optimis dengan kem Argentina menjelang aksi persahabatan dengan Nicaragua, Sabtu ini.
"Saya lebih penat dan kecewa dalam minda berbanding fizikal, terutama sekali kerana saingan UCL.
"Tetapi saya berasa sangat baik bersama Argentina. Kami sedang berusaha untuk menghasilkan persembahan terbaik bagi saingan kali ini."