Jurulatih Brazil, Tite, menyelar Lionel Messi kerana bintang Argentina itu tidak menunjukkan rasa hormat dengan dakwaan terhadap korupsi dalam Persekutuan Bolasepak Amerika Selatan (CONMEBOL).
Messi melaungkan "korupsi" dan "rasa kurang dihormati" selepas diarah keluar padang ketika Argentina meraih kemenangan ke atas Chile dalam pertemuan tempat ketiga-keempat, kelmarin.
Dalam satu kenyataan balas, CONMEBOL berpandangan ulasan bintang Albiceleste itu merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima dan tidak berasas.
Messi turut berang selepas Argentina tewas dalam separuh akhir kepada Brazil, dengan berasakan pasukannya telah dinafikan dua sepakan penalti.
Bercakap selepas Brazil menewaskan Peru 3-1 dalam final awal pagi tadi, Tite berasa kurang senang dengan tuduhan Messi itu.
"Messi merupakan salah seorang pemain yang saya lihat sebagai luar biasa. Ketepikan perkara itu, dia perlu lebih menghormati dan menerima hakikat apabila tewas," katanya.
Brazil mengatasi Peru menerusi jaringan Everton, Gabriel Jesus dan Richarlison.
Bagaimanapun, mereka terpaksa menamatkan permainan dengan 10 pemain apabila Jesus dilayangkan kad merah.
Tite berkata Brazil terpaksa menerima situasi yang tidak memihak mereka, termasuk bola terkena tangan Thiago Silva, yang membenarkan Peru meledak gol menerusi Paolo Guerrero.
"Kami terpaksa melalui situasi sukar dalam banyak perlawanan, termasuk dalam Piala Dunia.
"Kami cuba bermain secara adil ketika berdepan Argentina. Saya memahami bahawa Messi telah diarah keluar padang dengan keputusan yang tidak adil. Tetapi dia sebagai pemain harus mengetahui perkara itu mampu dielak."