Lionel Messi meneruskan pemburuannya untuk menamatkan penantian kejuaraan utama di peringkat antarabangsa bersama Argentina tatkala Brazil bakal cuba menghalang usaha itu dalam saingan Copa America 2019.
Messi dilihat mengalami penurunan prestasi dalam edisi tahun ini selepas kapten Argentina itu hanya menyumbat satu gol dalam empat perlawanan dan itupun hadir menerusi sepakan penalti.
Memandangkan Argentina tewas dalam dua aksi final di tangan Chile menerusi penentuan sepakan penalti sebelum ini, Messi mahu memadamkan kelemahan di Brazil walaupun dia gagal menghadiahkan trofi Liga Juara-Juara Eropah buat Barcelona bagi musim 2018-19.
"Dia beraksi dengan baik dan bagi saya, apa yang dilakukannya betul. Dia bukan sekadar menyumbat jaringan walaupun itu kebiasaan buatnya," ujar rakan sepasukannya, Angel Di Maria.
"Dia berlari, memberikan segala-galanya dan itu penting. Dia tahu lebih daripada orang lain bahawa dalam saingan Copa America, anda perlu berlari dan memikirkan pemain lain."
Selepas membelasah Peru 5-0, Brazil kemudian memerlukan penentuan sepakan penalti untuk melepasi cabaran Paraguay dalam suku akhir.
Seperti Messi, Brazil turut terdesak untuk menjulang trofi Copa America sambil kejuaraan kali kesembilan mampu memadamkan keperitan tewas 7-1 di tangan Jerman dalam separuh akhir Piala Dunia lima tahun lalu.
Pemain sayap, Everton, mempamerkan aksi mantap sejak diturunkan selaku penggganti buat Neymar yang mengalami kecederaan buku lali ketika aksi persahabatan menentang Qatar sambil pengendali Selecao, Tite, sering meletakkan Gabriel Jesus di sebelah kanan.
Namun, kegagalan membolosi gawang Venezuela dan Paraguay mungkin memaksa penggempur Everton, Richarlison, diturunkan sebagai pilihan di barisan depan selepas pulih daripada masalah kesihatan sebelum ini.
Pemain tengah, Arthur dan Casemiro, kembali daripada penggantungan tetapi Fernandinho yang mengalami kecederaan lutut masih belum pasti, sama seperti Filipe Luis yang mengalami kesakitan di bahagian paha.