BRAZIL 5 PERU 0
Brazil membelasah Peru 5-0 untuk mara ke peringkat suku akhir Copa America selepas menjuarai Kumpulan A, awal pagi tadi.
Tuan rumah kejohanan berada dalam kelas tersendiri ke atas skuad kendalian Ricardo Gareca itu di Arena Corinthians dengan menjaringkan tiga gol dalam separuh masa pertama di samping tidak bolos dalam ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan.
Casemiro membuka jaringan dan Roberto Firmino pantas menjadikan kedudukan 2-0, sementara rembatan deras Everton memastikan Brazil selesa memimpin perlawanan.
Kapten pasukan, Dani Alves, dan Willian melengkapkan kemenangan anak buah Tite itu sebelum sepakan penalti Gabriel Jesus diselamatkan penjaga gol lawan.
Pemain tengah Real Madrid, Casemiro, membuka jaringan pada minit ke-12 sebelum Firmino menggandakan jaringan tujuh minit kemudian.
Everton, yang menyerlah selepas sekadar menjadi pemain gantian dalam dua perlawanan terdahulu Brazil, menjadikan kedudukan 3-0 selepas menembusi pertahanan lawan menerusi sayap kiri.
Bersambung dalam separuh masa kedua, kelebihan tiga jaringan memberikan semangat serta rentak permainan yang lebih cemerlang buat Brazil, dengan gerakan cantik daripada Arthur dan Firmino sebelum Alves meledak gol keempat.
Persembahan Pholippe Coutinho diberikan tepukan gemuruh apabila digantikan Willian, yang melengkapkan kemenangan Brazil pada minit ke-90.