BRAZIL 2 ARGENTINA 0
Brazil melangkah ke final pertama Copa America sejak 2007 apabila mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Argentina di Belo Horizonte, sebentar tadi.
Gabriel Jesus mengetuai kemenangan skuad kendalian Tite itu dengan menjaringkan gol pembukaan sebelum Roberto Firmino melengkapkan keputusan perlawanan dalam aksi separuh akhir di Stadium Mineirao itu.
Dengan diketuai Lionel Messi, Argentina memperoleh beberapa peluang dengan dua daripadanya terkena palang hasil usaha kapten itu dan Sergio Aguero.
Namun, semangat itu dipatahkan Firmino sebaik menjaringkan gol kedua Selecao pada minit ke-71 untuk membawa juara lapan kali berkenaan ke final.
Perlawanan bermula sengit apabila Leandro Paredes hampir meletakkan Argentina di depan, namun percubaan jarak jauhnya hanya sedikit melepasi palang gol lawan.
Jesus kemudian memberikan permulaan cerah buat Brazil menerusi gol pembukaan pada minit ke-19.
Pemain pertahanan, Dani Alves, bertindak bijak untuk membenarkan Firmino bergerak bebas di sebelah kanan sebelum penyerang itu melakukan hantaran lintang yang ditolak masuk Jesus dari jarak dekat.
Brazil mula bertahan selepas memperoleh jaringan itu dan Argentina hampir menemui jaringan penyamaan pada setengah jam pertama perlawanan.
Messi memulakan gerakan 'set-piece' dari tengah padang untuk menemui Aguero, yang menanduk bola berkenaan ke palang gol lawan.
Philippe Coutinho berdepan peluang terbaik untuk menggandakan jaringan Brazil pada minit ke-56 tetapi penyerang itu merembat tinggi bola yang diterima daripada hantaran menarik Jesus.
Seminit kemudian, Argentina sekali lagi bernasib malang apabila sepakan voli Messi susulan percubaan awal Lautaro Martinez, sekali lagi hinggap di palang.
Argentina meneruskan dominasi mereka untuk memburu gol penyamaan dan percubaan Messi dari jarak 20 ela diselamatkan penjaga gol Brazil, Alisson, pada minit ke-66.
Brazil kemudian menghasilkan serangan balas pantas untuk menggandakan kelebihan hasil kebijaksanaan Jesus.
Pemain itu melakukan larian dari bahagian padang pasukannya untuk melakukan hantaran yang mudah ditolak masuk oleh Firmino.
Brazil kekal bertahan untuk mempertahankan pendahuluan dua golnya, sekali gus melangkah ke perlawanan akhir.