Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Copa America: James akui masa depan masih kabur

james.jpg
James Rodriguez tidak pasti di manakah destinasinya musim depan tatkala pemain tengah Colombia dan Real Madrid itu terus dikaitkan dengan Napoli.

Kelab Serie A itu berminat untuk memancing James yang menempuhi masa depan yang tidak menentu selepas Bayern Munich memilih untuk tidak menandatanganinya secara kekal selepas perjanjian pinjaman selama dua tahun tamat. 

James enggan pulang ke Santiago Bernabeu sambil Zinedine Zidane berusaha meningkatkan dana Madrid apabila sibuk dalam urusan perpindahan pemain. 

Ditanya mengenai masa depannya ketika ditemui bersama Colombia dalam kempen Copa America 2019 di Brazil, James berkata: "Ketika ini, tumpuan saya terarah kepada Copa America.

"Saya masih tidak tahu di manakah saya akan pergi tetapi saya bersikap tenang. Segala keputusan bergantung kepada kelab (Real Madrid).

"Ada yang memegang kuasa besar di sana, jadi tidak banyak yang boleh saya lakukan. Saya belum bercakap dengan Zidane lagi."

Colombia mara suku akhir Copa America dan akan menghadapi Chile, pagi Sabtu ini. 
 

Advertisement

Must Watch Video