Skip to main content

Bola Sepak

Copa America: Inter Miami kekal di puncak MLS meskipun hilang sembilan tonggak utama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

inter-miami.jpg
Inter Miami terus mencengkam tangga teratas Liga Persidangan Timur tetapi bakal menghadapi cabaran Columbus Crew menjelang pertembungan Liga Bolasepak Utama (MLS) di Stadium Chase, pagi Khamis ini, sementara Lionel Messi akan memperkuatkan Argentina dalam Copa America, sehari kemudian. 

The Herons berkelebihan dua mata di puncak selepas merampas kemenangan 2-1 ke atas Philadelphia Union dalam perlawanan terakhir.

Namun, anak buah Wilfried Nancy itu memenangi keempat-empat perlawanan terakhir liga mereka termasuk berhempas-pulas ketika menundukkan New York City FC 3-2 di Stadium Yankee, minggu lalu. 

“Ia adalah rentak larian yang hebat dan hanya menunjukkan betapa baiknya kami daripada segi mental. 

"Saya fikir kami kini mencatat lebih banyak kemenangan di tempat lawan berbanding tahun lalu. Saya fikir begitu atau sama, jadi saya gembira untuk itu," ujar tonggak Inter, Mohamed Farsi. 

 

Walaupun sembilan pemain termasuk Lionel Messi, Luis Suarez dan Matis Rojas yang kesemuanya sedang mengharungi misi Copa America, mereka tetap berupaya mengatasi Union.

"Adalah jelas bahawa dalam 10 perlawanan, kami dijangka tewas sembilan daripadanya ," kata pengurus Miami, Gerardo Martino.

"Mereka memang berhak diberi pujian. Ia ada kaitan dengan usaha, perwatakan dan keberanian yang dimiliki oleh barisan pemain ini." 

 

Advertisement

Must Watch Video