Paolo Guerrero dinamakan dalam skuad akhir 23 pemain Peru yang akan beraksi dalam Copa America meskipun baru sahaja bebas daripada penggantungan ekoran hukuman doping bulan lalu.
Guerrero, 35, tamat tempoh penggantungan bulan lalu selepas didapati positif enzoylecgonine -- sejenis kokain metabolik -- dalam pusingan kelayakan Piala Dunia pada Oktober 2017.
Penyerang yang merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman Peru dengan 36 gol daripada 91 perlawanan itu, dibenarkan untuk menyertai Piala Dunia tahun lalu menerusi pelepasan sementara.
Guerrero akan mengetuai pasukan itu dalam Copa America selepas disenaraikan dalam barisan 23 pemain terakhir.
Pemain veteran itu memaparkan prestasi cemerlang bersama kelab Brazil, Internacional, dengan menjaringkan lima gol daripada lapan perlawanan terakhir dalam kesemua kejohanan.
Peru diletakkan dalam Kumpulan A dan akan berdepan Venezuela, 15 Jun ini, sebelum bertemu Bolivia (18 Jun) dan Brazil (22 Jun).