Dorival Junior mengesahkan Endrick akan diturunkan dalam kesebelasan utama buat julung kalinya untuk Brazil menjelang suku akhir Copa America dengan Uruguay, pagi esok.
Endrick akan menggantikan bakal rakan sepasukannya di Real Madrid, Vinicius Junior, selepas calon Ballon d'Or itu mengutip kad kuning kedua kejohanan ketika menentang Colombia.

Pemain remaja itu yang telah meledah tiga gol dalam sembilan penampilan untuk skuad Selecao Canarinha akan menyertai Raphinha dan Rodrygo di bahagian serangan untuk perlawanan di Stadium Allegiant di Las Vegas.
"Jentera serangan kami telah pun diputuskan. Raphinha, Endrick dan Rodrygo. Saya harap kami boleh terus mencari jalan untuk menjaringkan gol," kata Junior.
"Saya fikir cabaran kali ini tertumpu kepada memberi peluang kepada pemain untuk menyerang barisan terakhir lawan. Kami berharap Endrick cukup bersedia untuk menjelmakan segala yang kami harapkan daripadanya.
“Kami kehilangan pemain penting tetapi kami memperoleh pemain boleh membuat kemunculan dan sedang mengintai peluang. Mana tahu, ini mungkin detik Endrick."

BRA X COL ??⚽️
— CBF Futebol (@CBF_Futebol) July 3, 2024
O Brasil empatou com a Colômbia por 1x1 na noite desta terça-feira (2) no Levi’s Stadium, na Califórnia, e ficou com o segundo lugar do Grupo D da Copa América.
O próximo desafio da Seleção será contra o Uruguai neste sábado (6), em Las Vegas, pelas quartas de… pic.twitter.com/liP3WtvayE