Skip to main content

Bola Sepak

Copa America: Brazil tempah perhitungan sukar dengan Uruguay, hilang khidmat Vinicious

brazil.jpg
BRAZIL 1 COLOMBIA 1 

Brazil menyertai Colombia ke suku akhir Copa America meskipun dinafikan kedudukan teratas Kumpulan D selepas terikat 1-1 di San Francisco, sebentar tadi. 


Tendangan percuma memukau daripada Raphinha selepas hanya 12 minit dipadamkan Daniel Munoz pada masa kecederaan babak pertama untuk kedua-dua pasukan berkongsi mata di Stadium Levi's.




Bagaimanapun, keputusan itu sudah memadai untuk skuad Selecao menjamin tempat kedua Kumpulan D, satu mata di hadapan Costa Rica yang menewaskan Paraguay 2-1 walaupun ia perlu dibayar dengan hargal mahal berikutan kad kuning kedua yang dikutip Vinicius Junior dalam tiga perlawanan, sekali gus bakal diketepikan untuk bertemu Uruguay, Ahad ini. 

Sementara itu, setelah mendominasi tangga teratas kumpulan dengan tujuh mata, Colombia yang di bawah kendalian Nestor Lorenzo akan berdepan naib juara Kumpulan C,  Panama.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video