BRAZIL 3 PERU 1
Beraksi dengan 10 pemain tidak menggugat Brazil untuk bergelar juara Copa America edisi 2019 selepas mengatasi Peru 3-1 di Stadium Maracana awal pagi tadi untuk menjulang trofi itu buat kali kesembilan.
Skuad kendalian Tite itu, yang sebelum ini menewaskan lawan berkenaan 5-0 ketika di peringkat kumpulan, diberi tekanan apabila kapten Peru, Paolo Guerrero, mengimbangi jaringan pembukaan Everton menerusi sepakan penalti pada minit ke-44.
Gabriel Jesus, yang bijak melakukan hantaran untuk jaringan pembukaan Brazil, kembali meletakkan pasukannya di hadapan menerusi jaringan pada masa kecederaan sebelum tamat separuh masa pertama.
Kedudukan itu meletakkan juara dunia lima kali itu di landasan terbaik untuk meraih kejuaraan utama buat kali pertama sejak 12 tahun lalu.
Namun, terjahan ke atas Carlos Zambrano menyaksikan Jesus dilayangkan kad kuning kedua -- tetapi pemain gantian, Richarlison, memastikan kemenangan pada penghujung permainan apabila menyudahkan gol ketiga Brazil menerusi sepakan penalti.
Peru bermula dengan keyakinan sebelum Brazil mendahului pada minit ke-15.
Jesus bijak melintasi Miguel Trauco sebelum melakukan hantaran silang mencari Everton yang melakukan penyudah menerusi rembatan voli.
Everton kemudian membuat lorongan kepada Philippe Coutinho, namun percubaannya gagal menepati sasaran sementara tandukan Roberto Firmino sekadar melepasi palang gol.
Peluang demi peluang yang gagal digunakan Brazil dihukum apabila pengadil, Roberto Tobar, memberikan sepakan penalti kepada Peru apabila bola terkena tangan Casemiro.
Kegembiraan Peru bersifat sementara apabila Jesus tenang melintasi benteng pertahanan lawan sebelum meledak jaringan pada minit ke-48.
Wira dalam separuh masa pertama itu hampir menjadi faktor kekalahan Brazil dalam separuh kedua apabila Jesus melakukan terjahan ke atas Zambrano yang memaksa pengandil melayangkan kad kuning kedua buat dirinya.
Pengalaman yang dimiliki barisan pertahanan Brazil membenarkan mereka mengekang asakan Peru dan Richarlison memastikan kemenangan tuan rumah menerusi sepakan penalti pada penghujung permainan.