Lionel Scaloni menjelaskan tekanan yang dihadapi pemainnya membuatkannya berasa seperti sedang berperang setelah mengemudi kemenangan 2-0 Argentina ke atas Qatar untuk menempah tempat dalam suku akhir Copa America 2019.
Jaringan Lautaro Martinez dan Sergio Aguero memastikan Albiceleste mengelak daripada terkandas seawal pusingan pertama.
Menjelang pertembungan suku akhir dengan juara Kumpulan A, Venezuela, jurulatih itu mengakui keputusan yang dilakar di Gremio Arena, awal pagi tadi, disambut dengan ceria selepas mereka longlai dalam permulaan kempen.
"Ada aspek yang perlu diperbaiki tetapi kami berpuas hati," kata Scaloni. "Kami memerlukan perlawanan seperti ini untuk mendapatkan keyakinan.
"Kami bermain tanpa rasa takut, terutama dalam babak kedua.
"Kami perlu membuat kesesuaian dalam beberapa perkara lagi apabila menghadapi lawan yang berbeza."
Scaloni berdepan kritikan hebat selepas pasukannya itu tumpas kepada Colombia serta diikat 1-1 dengan Paraguay ketika membuka kempen.
Mereka sekali lagi gagal menonjolkan persembahan yang meyakinkan dan kelihatan tidak terdesak ketika berdepan Qatar.
Dia menolak kritikan terhadapnya itu sambil berkata: "Saya tidak pernah memikirkan diri sendiri. Saya selalu memikirkan pasukan kebangsaan.
"Saya ingin mengubah kritikan itu dan nasib kami pada akhir pertandingan ini. Semua yang berkaitan dengan pasukan kebangsaan perlu lebih seimbang.
"Adakalanya kami kelihatan seperti turun bermain bola sepak atau pergi berperang. Dengan tekanan yang digalas, kadang-kadang adalah sukar untuk mereka menjelmakan persembahan terbaik.
"Itulah azimat kami dalam Copa America dan kami semua bersatu hati tentangnya."