Dani Alves memberikan pujian terhadap pengendali pasukan, Tite, selepas Brazil menjuarai Copa America, awal pagi tadi.
Brazil menjulang gelaran Copa yang pertama sejak 2007 dengan kemenangan 3-1 ke atas Peru dalam final yang berlangsung di Stadium Maracana.
Bagaimanapun, terdapat cadangan yang menyatakan Tite bakal meninggalkan skuad kebangsaan walaupun memiliki kontrak sehingga 2022.
Alves, yang diangkat sebagai pemain terbaik terbaik Copa America 2019, memuji impak pengendali berusia 58 tahun itu.
"Tite adalah kapten kepada kapal ini," katanya.
"Tahniah kepada kami dan Brazil. Sekali lagi, saya mengucapkan tahniah kepada barisan kejurulatihan pasukan.
"Beraksi di Maracana sangat istimewa. Ini adalah rumah kami."
Jaringan pembukaan Everton dinafikan penalti yang disempurnakan Paolo Guerrero, namun jaringan Gabriel Jesus dan Richarlison memastikan kejuaraan Copa yang kesembilan buat tuan rumah itu.