Penjaga gol Brazil, Alisson, berharap dapat menggunakan pengalaman positif berdepan Lionel Messi untuk membantunya menyekat bintang Argentina itu dalam aksi separuh akhir Copa America 2019 awal pagi esok.
Alisson akan berdepan Messi sekali lagi tatkala tuan rumah, Brazil, turun menentang seteru utama, Argentina, di Estadio Mineirao.
Penjaga gol itu melakukan perhitungan dengan Messi empat kali sejak dua musim lalu sewaktu menyarung jersi AS Roma dan Liverpool.
Dalam kedua-dua aksi -- bagi saingan suku akhir dan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah -- pasukan yang diwakili Alisson mempamerkan kebangkitan hebat dalam perlawanan timbal balik.
Messi membolosi gawang kawalan Alisson dua kali di Camp Nou, 1 Mei lalu, tetapi penjaga gol berusia 26 tahun itu memastikan kubunya tidak bocor dalam aksi kedua tatkala The Reds mempamer kebangkitan menakjubkan di Anfield.
Dan Alisson percaya jika Brazil dapat mempamerkan aksi sama seperti Roma dan Liverpool, mereka akan berpeluang untuk mengekang kehebatan Messi.
"Saya yakin dengan pasukan, hasil kerja saya bahawa kami akan melalui perlawanan yang hebat dan bersedia dengan segala-galanya," katanya.
"Roma dan Liverpool adalah pasukan berbeza. Namun, terdapat dua kisah menggembirakan ketika saya bersama mereka.
"Saya bersama dua pasukan yang beraksi secara kolektif. Pasukan kami bermain seperti itu, dengan satu perhubungan. Kini, kami hidup dalam dua pengalaman penting.
"Namun, dalam perlawanan seperti esok, tiada ruang untuk melakukan kesilapan apabila berdepan Argentina dan semua orang perlu memberikan aksi terbaik."
Alisson memainkan peranan utama dalam memastikan kemaraan Brazil apabila aksi tangkasnya menafikan sepakan penalti Gustavo Gomez ketika mengatasi Paraguay dalam suku akhir.
"Saya tidak melihat diri saya sebagai seorang wira," tambahnya.
"Jika saya menyelamatkan percubaan dan pemain lain tidak menyempurnakan peluang, ia tidak bagus.
"Kami tahu bola sepak memiliki mempunyai pelbagai perkara dalam perlawanan, jadi kami harus sedia untuk segala-galanya."