Antonio Conte menegaskan dia tidak pernah khuatir tentang prestasi Harry Kane walaupun penyerang Tottenham itu mempamerkan kemerosotan dalam separuh pertama musim ini.
Kane dibayangi diri sendiri pada awal kempen ini apabila hanya meledak sekali dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) di bawah bimbingan Nuno Espirito Santo.
Prestasinya pastinya tidak meningkat secara mendadak jika bukan kerana kehadiran bekas pengendali Itali itu memandangkan gol liga seterusnya buat kapten England terbabit hanya hadir pada 19 Disember lalu.
Dan sejak Krismas, Kane telah menyumbangkan enam gol dalam sembilan perlawanan termasuk dua gol ketika membelasah Brighton & Hove Albion dalam Piala FA.

"Sejujurnya, saya tidak pernah bimbang ketika dia tidak menjaringkan banyak gol, ini kerana prestasinya sentiasa sangat-sangat tinggi," kata Conte kepada pemberita.
“Dia bermain dengan sangat baik dalam setiap perlawanan, dia bekerja keras untuk pasukan dan merupakan pemain yang hebat buat saya.
“Dia tidak mementingkan diri sendiri dan kini menjaringkan gol, jadi saya gembira bagi pihaknnya dan pasukan kerana seandainya dia meledak, kebarangkalian kami untuk memungut tiga mata atau ke pusingan seterusnya lebih tinggi.
"Seperti yang saya katakan kepada anda sebelum ini, persembahannya sebelum ini sangat-sangat positif biarpun gagal menyumbat banyak gol.
"Kita sedang bercakap tentang penyerang bertaraf dunia. Dia mampu menjaringkan gol dalam setiap perlawanan. Kami juga akan cuba membantunya untuk menjaringkan gol."