Skip to main content

Bola Sepak

Conte tetap yakin walaupun terpaksa tunggu Lukaku

romelulukaku-cropped_j0qxhkgydgj21y08atf94cfnh.jpg
Antonio Conte menyifatkan Romelu Lukaku sebagai elemen yang diperlukan dalam skuad Inter Milan dan yakin keinginan dalam jendela perpindahan akan dapat dipenuhi.

Inter dilaporkan telah melakukan bidaan bernilai GBP54 juta (RM275 juta) buat bintang Belgium itu tetapi ditolak oleh United, namun Conte masih berharap dapat meraih khidmat penyerang itu.

Valentino Lazaro, Nicolo Barella dan Matteo Politano merupakan antara nama yang dibawa masuk baru-baru ini tetapi selepas skuad kendaliannya tewas menerusi penentuan sepakan penalti di tangan Paris Saint-Germain (PSG) dalam aksi persahabatan semalam, pengendali Nerazzurri itu bercakap tentang cabaran perpindahan yang mereka hadapi.

"Saya sering katakan, kami bercakap tentang pemain yang bukan milik kami," katanya.

"Malah, tidak bagus untuk bercakap tentangnya kerana ia menunjukkan rasa kurang hormat terhadap pemain dan kelab mereka.

"Lukaku adalah pemain United, kami tahu musim perpindahan sedang berjalan dan kelab berusaha melengkapkan pasukan, termasuk pengeluaran dan kemasukan pemain.

"Saya sering katakan, saya percaya kepada kelab. Apa yang penting buat saya ketika ini adalah saya gembira melihat cara pemain saya berusaha.

"Kami bekerja keras mencipta sesuatu yang ampuh. Kami sememangnya akan melengkapkan skuad tetapi paling penting, siapa yang tiba di sini perlu memahami mentaliti dalam skuad."

Advertisement

Must Watch Video