Antonio Conte berasakan Romelu Lukaku akan menjadi pembelian penting buat Inter Milan ketika penyerang itu terus dikaitkan untuk meninggalkan Manchester United.
Lukaku masih belum membuat penampilan dalam aksi pra-musim United dengan pengendalinya, Ole Gunnar Solskjaer, mendedahkan masalah kecergasan pemain itu menghalangnya untuk diturunkan.
Pemain kebangsaan Belgium itu tidak akan diturunkan ketika United berdepan Inter dalam Piala Juara-Juara Antarabangsa, malam ini.
Dengan Inter sedang bersedia untuk menjual bekas kapten, Mauro Icardi, mereka memerlukan seorang penyerang di San Siro menjelang musim baru ini.
Conte menafikan kecewa dengan kegagalan Inter untuk mendapatkan Lukaku, namun mengakui Nerazzurri memerlukan kekuatan di bahagian serangan.
"Lukaku seorang pemain United," katanya dalam sidang media.
"Saya cukup mengenalinya sejak saya menjadi jurulatih Chelsea, namun pada hari ini, dia pemain Manchester, itulah kebenarannya.
"Saya sukakannya sebagai seorang pemain dan menganggap dia sebagai elemen penting untuk kami memperbaiki pasukan, namun pada masa sama terdapat jendela perpindahan pemain.
"Kami amat menyedari situasi itu dan buat masa ini, kami hanya perlu menunggu apa yang akan berlaku kerana dia adalah pemain United.
"Sudah pasti amat sukar untuk memulakan musim seperti ini tanpa penyerang.
"Pasaran pemain masih terbuka," katanya.
Inter mengesahkan Icardi dan Radja Nainggolan akan dibenarkan untuk meninggalkan pasukan dan keputusan itu disokong Conte.
"Situasi itu amat jelas (mengenai Icardi).
"Kelab ini amat jelas untuk tidak meletakkannya dalam perancangan pasukan dan itulah realitinya buat masa ini.
"Saya akan menentang Manchester United tanpa penyerang.
"Nainggolan juga sudah terkeluar daripada perancangan," tambahnya.