Antonio Conte mengakui Tottenham perlu beraksi dengan lebih baik lagi dalam perlawanan besar selepas tersungkur 0-2 di Manchester United, awal pagi tadi.
Gol daripada Fred dan Bruno Fernandes membenam pasukan kendalian Conte itu untuk kekalahan kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas tewas 1-3 kepada pendahulu liga, Arsenal, awal bulan ini.
Spurs memulakan kempen musim ini dengan mengagumkan untuk kekal di kedudukan ketiga dalam jadual bagi menyamai pungutan mata Manchester City yang menghuni tangga kedua.
Bagaimanapun, bercakap kepada Amazon Prime, Conte menekankan tentang jurang kuasa berbelanja di antara kelabnya dan United, yang mengeluarkan belanja terbanyak di England dalam jendela perpindahan terakhir untuk membawa masuk pemain seperti Casemiro, Lisandro Martinez dan Antony.
Spurs turut melabur ke atas Yves Bissouma, Djed Spence dan terutama Richarlison, tetapi pemain Brazil itu tidak dapat beraksi di Old Trafford ekoran kecederaan.
“Saya menganggap United pasukan yang sangat bagus,” katanya selepas perlawanan.
"Anda sedar potensi sebenar kelab ini, apa yang mereka lakukan dalam pasaran perpindahan dan wang yang mampu mereka belanjakan. Yang pasti, kita bercakap tentang dua darjat yang berbeza.
“Pada masa yang sama, saya fikir dalam perlawanan ini kami mampu melakukan yang lebih baik lagi.
"Kami bergelut. Kami bergelut ketika menentang Chelsea, Arsenal dan hari ini kami bergelut ketika bertemu United."
Pintu gol Spurs diuji 28 kali oleh tuan rumah termasuk 19 dalam separuh masa pertama, manakala mereka sendiri melancarkan sembilan percubaan dengan hanya dua menuju ke sasaran.
"United berhak menang, mereka menerapkan tempo permainan yang sangat bagus," katanya lagi.
"Bagi pasukan kami, dalam perlawanan getir sebegini kami seharusnya beraksi di tahap tinggi, banyak yang kami perlu tingkatkan. Kami perlu cuba menjadi lebih baik dari hari ini."

14 - Manchester United attempted 14 shots from outside the box in the first half against Spurs (out of 19 total shots); this is the most on record for the Red Devils in the first half of a Premier League game (since 2003-04). Speculative.
— OptaJoe (@OptaJoe) October 19, 2022