Skip to main content

Bola Sepak

Conte sedia balas kepercayaan kekal lebih lama

conte-270517.jpg
Antonio Conte bersedia membalas kepercayaan terhadapnya oleh Roman Abramovich dengan kekal lama bersama juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu. 

Skuad bimbingan Conte itu menguasai England pada musim ini dengan meletakkan penanda aras baru, memenangi 38 perlawanan dan hanya gagal meraih kemenangan dalam lapan perlawanan. 

Tiga daripadanya berlaku pada September yang menyaksikan Chelsea diikat 2-2 dengan Swansea City dan tewas kepada Liverpool dan Arsenal -- lalu timbul laporan bahawa Conte bakal dipecat selepas hanya tiga bulan memeterai kontrak tiga tahun.

Bagaimanapun, The Blues mencatat rentetan 13 kemenangan sebaik Conte merombak bahagian pertahanannya. 

Bekas pengurus juara Serie A itu memuji tindak balas Abramovich, seorang pemilik yang dikenali dengan sikap tegas ketika mereka menghadapi krisis kecil. 

"Di (Abramovich) datang ke sesi latihan selama tiga hari berturut-turut untuk menyaksikan analisis rakaman dan duduk bersama kami. Dia memberi sokongan kepada saya," ujar pengendali berbangsa Itali itu dalam sidang akbar pra-perlawanan. 

"Dia tidak pernah menunjukkan bahawa dia berang. 

"Kelab sentiasa melihat usaha saya, semasa pra-musim dan dalam tempoh itu serta mempercayai tugas yang saya lakukan. 

"Secara jujurnya, saya tidak pernah terlintas bahawa kelab akan memecat saya."

Conte sempat dikaitkan ke Inter Milan sebelum dia membantu Chelsea mengungguli liga, namun pengurus itu memberi isyarat jelas bahawa dia melihat masa depannya di London dalam tempoh yang panjang. 

"Buat masa ini, situasi sangat-sangat jelas. Saya mempunyai kontrak selama dua tahun lagi bersama kelab ini," katanya. 

"Jika kelab mahu melanjutkan kontrak saya, sudah tentu saya sudi. 

"Kami mempunyai idea yang sama mengenai masa depan. Cara kami melakukan tugas bersama-sama untuk memperbaiki pasukan ini.

"Saya ulangi, saya gembira dengan musim ini dan saya gembira untuk kekal di sini. Saya harap dapat kekal untuk lebih lama lagi."
 

Advertisement

Must Watch Video