Skip to main content

Bola Sepak

Conte puji perwatakan pemain

conte-cropped_11lzq32b6rh2j1g4yxtn0c9e4u.jpg
Antonio Conte memuji aksi profesional pemain-pemainnya selepas melakar kemenangan 3-0 ke atas Everton, malam tadi.

Keputusan itu meletakkan Chelsea dalam landasan merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini tatkala aksi di Goodison Park dilihat sebagai ujian getir terakhir musim ini.

The Blues hanya perlu berdepan Middlesbrough, West Brom, Watford dan Sunderland dan laluan tersebut tampak mudah berbanding pencabar terdekat, Tottenham, yang perlu menempuh perlawanan sukar.

Chelsea mengambil masa 66 minit untuk memecah kebuntuan, dengan rembatan deras Pedro meletakkan mereka di depan sebelum Gary Cahill dan Willian mengesahkan kemenangan.

"Dalam perlawanan seperti ini, mudah untuk pemain hilang fokus," Conte memberitahu Sky Sports. 

"Oleh itu, ketika masa rehat, saya menggesa mereka untuk kekal tenang dan sentiasa memberi tumpuan.

"Kami bersabar dengan menunggu masa sesuai untuk menjaringkan gol, kami layak mendapat tiga mata ini.

"Gol Pedro sangat menakjubkan, kemudian membawa kepada gol kedua dan ketiga. Namun, ia bukan mudah.

"Kemenangan ini menyuntik keyakinan terhadap pemain. Kini penting untuk kami bersiap sedia menghadapi baki empat perlawanan lain.

"Jika kami tewas berdepan Middlesbrough selepas ini, bermakna kami juga gagal memenangi perlawanan ini. Kami perlu mengambil langkah satu demi satu."

 

Advertisement

Must Watch Video