Pengendali Inter, Antonio Conte, masih berharap untuk mendapatkan khidmat Romelu Lukaku selepas Manchester United dilaporkan tidak lagi mahu membuat pertukaran dengan Juventus melibatkan Paulo Dybala.
Penyerang, Lukaku, telah dilihat sebagai sasaran utama Conte tetapi The Nerazzurri tidak mampu untuk menyamai tanda harga yang diletakkan oleh United, di sebalik ketua pegawai eksekutif kelab, Giuseppe Marotta, menyifatkan ia satu tawaran yang adil.
Ia juga telah dilaporkan bahawa Juventus dan United tidak lagi mencapai persetujuan dalam tawaran bertukar pemain yang turut menyaksikan Dybala berhijrah ke Old Trafford.
Bagaimanapun, United dilaporkan menamatkan minat terhadap pemain kebangsaan Argentina itu ekoran tuntutan gaji yang terlalu tinggi, yuran ejen serta keinginan pemain itu sendiri yang dilihat tidak seiring dengan objektif pengendali pasukan, Ole Gunnar Solskjaer.
Perkhabaran itu sekali lagi menghidupkan peluang buat Lukaku menjadi pemain Inter sebelum jendela perpindahan berakhir dan Conte berharap persetujuan di antara kelab dan pemain dapat dicapai.
"Kami sedang berusaha dengan sebaik mungkin," katanya. "Saya memahami terdapat beberapa ruang yang harus diperbaiki tetapi saya masih lagi mahukan Lukaku bersama Inter.
"Pada masa sama, saya sedang berusaha dengan sebilangan pemain yang telah berjaya mempamerkan persembahan memuaskan.
"Lukaku seorang pemain berkualiti, penyerang yang saya telah berusaha untuk dapatkan ketika melatih Chelsea," ujarnya.
Lukaku dijangka akan meninggalkan United sebelum jendela perpindahan Liga Perdana Inggeris (EPL) berakhir walaupun mereka tidak dapat mencari pengganti.
Terdapat spekulasi yang mencadangkan penyerang Juve, Mario Mandzukic, sudah mencapai persetujuan dengan The Red Devils.
Solskjaer dikatakan berpuas hati dengan usaha yang ditampilkan Mason Greenwood dalam saingan pramusim, bermakna dia tidak terdesak untuk mendapatkan pengganti Lukaku.