Antonio Conte tiada masalah dengan impian besar Harry Kane, bahkan berharap dapat menjadi individu yang berupaya meyakinkan penyerang itu untuk kekal di Tottenham.
Kane mahu meninggalkan Spurs menjelang permulaan musim ini, di mana Manchester City dilihat menjadi destinasi pilihannya.
Bagaimanapun, Tottenham berkeras tidak mengizinkan perpindahan itu dan Kane terpaksa kekal di London, bergelut sepanjang musim ini sementara City kekal berada di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL).
Kapten England itu masih belum menjulang sebarang trofi utama, sama ada di peringkat kelab atau antarabangsa, yang dilihat menjadi pencetus keinginannya untuk meninggalkan pasukan sejak zaman kanak-kanaknya itu.
Bagaimanapun, perlawanan hujung minggu lalu menerbitkan sedikit harapan baru, di mana Kane mengetuai pasukannya untuk melakar kemenangan dramatik 3-2 ke atas pendahulu liga berkenaan.
Kane menjaringkan dua gol dan terlibat dalam satu lagi jaringan pasukan pelawat itu menerusi persembahannya yang mendapat pujian menggunung.
Dengan itu, topik mengenai masa depannya kembali menjadi perbincangan menjelang kunjungan Tottenham ke laman Burnley awal pagi esok.
Impian Kane untuk menjulang trofi selari dengan perancangan Conte, di mana dia sebelum ini telah memenangi lima kejuaraan bersama tiga kelab (Inter Milan, Chelsea dan Juventus) sebelum memilih untuk ke Tottenham.
"Harry seorang pemain yang bercita-cita besar dan ia sepatutnya seperti itu kerana pemain sepertinya, saya ulang sekali lagi, kita sedang bercakap tentang seorang penyerang bertaraf dunia," kata Conte.

"Dia mempunyai impian. Sudah pasti sebagai seorang pemain dan penyerang, amat penting untuk meningkat dan mengatasi rekod lalu.
"Rekod amat penting tetapi pada masa sama, ia juga penting untuk menamatkan karier dengan julangan trofi kerana hanya dengan kemenangan dan memenangi trofi nama anda akan terpahat dalam sejarah sesebuah kelab.
"Tugas saya ketika ini adalah untuk meningkatkannya. Tetapi ia dengan cara sama untuk melengkapkan pemain lain.
"Sudah pasti untuk meningkatkan pemain di tahap seperti ini tidak mudah kerana ruang peningkatan itu tidak banyak. Tetapi saya fikir dia sedang meningkat dengan pesat dan Harry seorang lagi pemain yang memberikan saya banyak kelebihan," katanya.
Ditanya sama ada dia mungkin memujuk Kane untuk kekal di kelab itu, Conte menambah: "Hanya ada satu cara untuk meyakinkan pemain seperti ini.
"Ia adalah dengan berusaha, dengan meyakinkan mereka bahawa anda mempunyai ilmu bola sepak yang boleh meningkatkan mereka. Hanya dengan cara ini anda akan dapat rasa hormat daripada pemain.
"Hanya itu cara yang saya ada untuk ditunjukkan kepada pemain -- saya berada di sini kerana kita sedang mencuba untuk mula membina sesuatu yang penting bersama-sama.
"Tetapi saya faham bahawa setiap pemain perlu membuat keputusan pada hujung musim ini," katanya lagi.