JUVENTUS 3 FIORENTINA 0
Pemilik Fiorentina, Rocco Commisso, mengakui 'jijik' dengan pengadil, Fabrizio Pasqua, selepas Juventus diberikan dua sepakan penalti ketika menang 3-0 semalam.
Cristiano Ronaldo menjaringkan kedua-dua sepakan penalti sebelum Matthijs de Ligt menanduk masuk jaringan ketiga untuk merakamkan kemenangan ke atas Fiorentina di Stadium Allianz.
Sepakan penalti pertama diberikan kerana bola terkena tangan German Pezzella sebelum tamat separuh masa pertama dan sepakan penalti kedua dihadiahkan apabila Rodrigo Bentancur dijatuhkan oleh Federico Ceccherini.
Kedua-duanya dinilai menerusi video bantuan pengadil (VAR), dengan Pasqua melihat dengan teliti sebelum membuat keputusannya.
"Saya berasa jijik. Saya percaya pasukan yang memiliki pemain-pemain berkualiti tidak memerlukan pengadil. Juve adalah pasukan yang kuat, mereka harus menang peralwanan ini menerusi kualiti di atas padang, bukan hadiah daripada pengadil.
"Ia tidak adil untuk bola sepak Itali, perlawanan ini disaksikan di seluruh dunia. Apabila mereka menyaksikan perkara mengarut ini, apa yang akan mereka fikirkan?"
Dipetik secara meluas di Itali, Commisso berkata lagi, "Perlawanan di Itali ditentukan oleh pengadil. Pekara ini harus dihentikan. Ketika berdepan Genoa, mereka tidak memberikan sepakan penalti kepada kami, berdepan Inter juga kami tidak menerima sepakan penalti, hari ini Juventus meraih dua sepakan penalti."
Penilaian Commisso itu ditolak Naib Presiden Juve, Pavel Nedved.
Nedved, bekas perancang Juventus, berkata, "Saya tidak mempunyai jawapan kepada Commisso. Saya menghormati beliau tetapi terlalu banyak yang dikatakan mengenai Juventus tidak memenangi perlawanan secara merit.
"Kami sudah bosan. Kami berhak menang. Mari berhenti menyalahkan pengadil."
Editor: Ammar Hakim